Monday, March 17, 2008

'Abbas As-Sisiy: Risalah Ukhuwwah (Persaudaraan)

Marilah kita memupuk kemesraan persaudaraan Islamiah sebagai teras ikatan hubungan manusia dan kesatuan berpaksikan Aqidah Tawhid; Saya bawakan renungan coretan Syeikh 'Abbas as-Sisiy bagaimana merakamkan kemesraan persaudaraan.

Risalat al-Ukhuwwah, ar-Risaalat at-Taasi‘ah

Oleh:
Syeikh ‘Abbas ‘Asisiy

Saudaraku dan Anakku yang dicintai,

Aku tidak dapati dalam hidup ini semulia dan seagung sifat “al-wafaa’ ” – bermaksud kesetiaan (loyalty). Ianya sangat jarang ditemui, sedikit sangat mereka yang menikmatinya kerana ianya adalah suatu anugerah Allah swt (al-minhat ar-Rabbaniyah), dengan nya maka ia akan menghidupkan hati-hati (fa in‘isyuu al-quluub) dan mententeramkan semua ruang dada (athlajuu as-suduur). Aku pulang ke rumahku agak lewat, setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai. Maka aku disambut dengan sepucuk surat darimu. Kemudian saya menelitinya dengan penuh perasaan. Rasanya tak pernah terjadi suatu keseronokan timbul di hatiku selama ini sama seperti hari ini. Sesungguhnya aku pernah berada di suatu majlis dan berbual-bual denganmu berkenaan dengan banyak perkara, sedangkan engkau berdiam diri sahaja. Tetapi aku merasakan bahawa perbualanku denganmu itu telah menyinari diriku. Ianya suatu perasaan yang telah mejelaskan suatu kebenaran yang aku rindui dan menyelimuti diriku, andai kata bukan kerana perbualan kita itu, nescaya tidak ada cahaya lagi yang mampu menerangi kegelapan hidup ini.

Mengapakah engkau tidak berterus terang?. Mengapakah engkau tidak bersuara? Mengapakah dengan segala kebisuan itu, maka hati-hati mampu bercahaya, dan ruh-ruh akan berceria!. Begitulah caranya suaratmu sampai untuk menerangi. Sesungguhnya aku telah membacanya setiap baris perkataan dengan mendalam dan penuh pengertian, maka aku dapati menerusi jalur firasatku bahawa hebat sungguh kenikmatan susunan rasa kebenaran itu. Engkau tidak pernah memberikan susunan ayat sebegini indah dan bahasa yang begitu menarik. Aku dapati dari intipati penulisanmu itu suatu pendekatanmu untuk menarik semua hati manusia, dan mesej-mesej yang menyedarkan mata-mata pembaca dan kejituan perasaanmu terhadap kemahuan-kemahuanmu yang mendalam.

Aku telah berinteraksi dengan suaratmu seakan-akan engkau bersama-samaku sedangkan engkau diam membisu. Tetapi aku tidak merasakan demikian. Aku telah dapat merasai semua maksud-maksud suratmu dan aku merasakan sangat dekat denganmu. Sesungguhnya pada kebisuan suaratmu itu, adalah suatu kaedah yang jelas dan seni yang sangat memikat. Sebagaimana aku telah hidup dengan hatiku ketika bersendirian aku berada di permuakaan bumi yang luas, sedangkan aku masih merasai bersendirian. Kerana rasa cinta kepada Allah swt itu, tidak akan berhenti di mana-mana sempadan, malah ia akan bertambah mengikut sejauh mana manusia hari ini berinteraksi dengan cinta Allah swt tersebut. Kamu akan nampak, jika aku menyatakan kepadamu berterus terang berkenaan dengan kandungan suaratmu itu merupakan suatu cetusan yang sangat tinggi harganya. Kamu juga akan nampak, jika aku mengungkapkan kepadamu akan kebahagianku sewaktu ziarah pertamamu itu. Begitulah juga kamu akan nampak, jika aku ucapkan apa yang sarat di dalam akal dan hatiku… Begitulah juga kamu akan nampak, jika engkau dengar seruanku dan menjiwai perasaanku…Sesungguhnya engkau telah membuka banyak belenggu-belenggu kehidupan dan telah menyingkap tabir-tabir halangan dengan nilai-nilai berguna dan sifat-sifat keutamaan (al-qiyam wa al-fadhaa’il). Dengannya aku harapkan ia menyampaikan engkau ke arah medan-medan jiwa kemanusiaan yang akan menyamai peribadi kamu, agar engkau membawanya ke medan penyucian dan penjagaan maruah diri (al-thuhr dan al-‘afaaf) kepada medan ruh. Maka sesungguhnya perasaan-perasaan yang menyeru manusia (al-‘awatif al-nadiyyah) itu akan memenuhi hati-hati manusia seperti mana air memenuhi suatu tempat yang sangat dalam di bumi, kemudian ia akan melimpahi tempat-tempat lain pula, maka ia akan bertukar menjadi padang-padang yang menghijau subur, dan ia akan memberikan kesan kebanggaan kepada pandangan mata dan kenikmatan kepada segala ruh insan.


Reference:
http://www.daawa-info.net/books1.php?id=3159&bn=113&page=45

Diterjemah pada 17 September 2007
Abu ‘Amrullah Muhammad ibn Ishak al-Merbawiy

No comments: