Tuesday, March 25, 2008

Bahaya Bakar Sentimen Kaum dan Agama

INGATAN UNTUK SEMUAN RAKYAT MALAYSIAN YANG CINTAKAN KEDAMAIAN DAN KEHARMONIAN KAUM

ADIS EL MERBAWIY // March 15, 2008 at 10:28 pm

Salam dan Salam sejahtera warga Kickdefella,

JANGAN BAKAR SENTIMEN KAUM/AGAMA…please…PLEASE…please.

Anda golongan bijak dan cendekiawan. Gunakanlah akal dan hati yang hening untuk menghadapi isu DEB dengan saksama dan tahu paksi bicara, di mana tak betul di mana perlu diperbaiki. SEKALI LAGI, JANGAN BAKAR SENTIMEN..tolonglah. Anda akan rosakkan Demokrasi dan harapan golongan muda yang ingin melihat angin perubahan di Tanah Keramat Malaysia tercinta ini.

Pak Lah mengaku dah DEB “TIRIS’ pada tahap perlaksanaan. Jelas sekali budaya lama BN itulah yang menumbangkan 5 negeri kesayangan BN.Saya setuju dengan banyak kalangan - bahawa seharusnya Kerajaan PPinang, bentangkan dulu Dasar Ekonomi Rakyat yang boleh meyakinkan rakyat yang ingin perubahan ini, sekiranya sesuai diterima. Jika tidak teruskan DEB dengan pembaikan besar pada perlaksanaannya serentak mengajar BN mengendalikan Kemajuan Ekonomi dan Menyusun semula masyarakat mengikut BA pula. BUKAN SENTIMEN, tapi AKAL yang rasional perlu berfikir, BUKAN AMARAH menggila yang dibaluti SYAITAN…MENGAKIBATKAN pergaduhan, persengketaan dan kekacauan kesan dari kesalahan fakta dan sebab perselisihan ASAL.

Pesan saya, samada BN atau BA, anda warga negara ini. SEMUA BERTANGGUNG JAWAB dengan setiap perkara yang anda isukan dan bangkitkan. MARILAH BERSAMA MEMAJUKAN MALAYSIA DI PERSADA ANTARABANGSA…BUKAN SENGKETA.

TQ, kerana meneliti perkongsian saya untuk kebaikan bersama.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Reference:
http://kickdefella.wordpress.com/2008/03/14/mainkan-hati-dan-perasaan-rakyat-pasti-membawa-padah/

No comments: