Monday, March 24, 2008

Barisan Kabinet Baru 2008: Harapan Rakyat

Abu Muhammad al-Merbawiy said...

Salam dan salam sejahtera Dato' AKJ dan rakan-rakan,

1. Apakah janji PM melalui penyertaan Datuk Zaid Ibrahim terhadap kebebasan institusi Kehakiman Malaysia yang dilanda krisis KEPERCAYAAN RAKYAT?

2. Ketiadaan jawatan setiausaha parlimen bagi kementerian seakan-akan menghilangkan sokongan minda, realiti pembangunan dan kemajuan serta inteligensia kementerian. Di sinilah letaknya the POWER OF MINISTRY di sesebuah kementerian.

3. Siapakah akan menerajui 'Minda Islam Hadhari' dengan ketiadaan Ustaz Dato' Lah Zin. Ataukah pemulihan imej kali ini tanpa Islam Hadhari kerana strategi meraih kaum krabat MCA dan MIC yang phobia dengan Islam Hadhari.

4. Mohon agar dibuang budaya tidak menerima minda pembangkang sekali pun ianya benar. Ingat, Demokrasi meraikan kedua-dua pihak sebagai 'check and ballance' di dalam kerajaan.

Barisan kabinet dan pembangkang sama-sama berharga kerana ianya adalah krim bangsa kita di Parlimen.

Harapkan banyak perubahan kali ini..

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

12:31 PM
(Saturday Mac 22nd 2008)

Reference:
http://kadirjasin.blogspot.com/
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=22873867&postID=2926292602169030914

No comments: