Monday, March 24, 2008

YB Menteri Penerangan Berbaik dengan Bloggers

Abu Muhammad al-Merbawiy said...

Salam Dato' AKJ,

Tahniah kepada Dato' dan sahabat-sahabat bloggers kerana memalingkan perhatian YB Ahmad Shabery Cheek ke arah langkah berbaik-baik dan menghampiri bloggers. Nyata mereka bukan penderhaka, tidak syok sendiri, tidak membuat fitnah (terkecuali jika yang sengaja mengadakan fitnah) dan bukan pembekal maklumat palsu dan menghasut.

Saya sanjung disiplin jurnalisma, yang menjelaskan hakikat, adil dengan maklumat dan yang lebih bermakna bertanggung jawab terhadap kepincangan negara dan tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh koperat yang berubah arah jauh dari kebenaran ilmu dan keadilan sosial serta gagal memperolehi hakikat wujud diri sendiri dan kebahagiaan serta kesejahteraan keluarga dan masyarakat.MEREKA HANYUT DALAM MATERIALISMA DAN KARAM DALAM HEDONESMA.

Syabas sahabat-sahabat bloggers yang menunjukkan patriotisma mereka. Kalian adalah benteng kebenaran dan keadilan maklumat serta penenguh realiti masyarakat baru, berilmu pengetahuan, maju dan membangun dengan wajah Ilmiah dan menongkah cabaran pasca-modernisasi dengan nilai kegamaan, kemanusiaan, keilmuan dan keadilan.

PERTAHANKANLAH BENTENG PERJUANGAN KALIAN...SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

10:16 PM

Reference:
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=22873867&postID=2926292602169030914

No comments: