Wednesday, November 5, 2008

New Hope of the rest of the World - in the Hand of Barrack Obama

Kemenangan Obama, moga hubungan AS dan negara Islam diperbaiki

Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Wed | Nov 05, 08 | 3:14:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Calon pilihan daripada Parti Demokrat, Barack Obama menewaskan lawannya John McCain daripada Parti Republikan, dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung sejak semalam, demikian menurut laporan awal agensi berita AFP hari ini. Iklan

Pengerusi Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya (CERI), Dr Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif semasa mengulas kemenangan Obama berkata, petanda kemenangannya dapat dilihat daripada kemenangan awal yang dicapai di dua buah kampung iaitu New Hampshire yang majoritinya adalah penduduk berkulit putih.

"Melihat kepada pengalaman pilihan raya yang lalu, ketika mana George W. Bush turut memperolehi undi majoriti daripada kedua-dua kampung tersebut yang dikatakan menjadi penanda aras awal kemenangan mana-mana calon presiden AS," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Pada kebiasaanya, masalah teknikal yang melanda sistem pengundian secara online atau e-voting tidak akan merosakkan sokongan dan kepercayaan calon dan pengundi dalam pilihan raya kali ini.

"Sebelum ini pun ianya berlaku, namun ia tidak menjejaskan keseluruhan pengundian.

"Undi rosak juga merupakan hanya 10 peratus yang disebabkan oleh masalah teknikal dan ia bukannya segalanya," ujarnya mengulas kemungkinan 100 peratus rakyat keluar membuang undi pada pilihan raya yang dianggap bersejarah ini.

Ditanya mengenai sokongan yang diberikan oleh Obama kepada Yahudi dan Israel, beliau menyatakannya adalah sebagai amalan biasa bagi seorang Presiden AS bagi mendapatkan kemenangan.

"Ini disebabkan oleh pihak Yahudi dan Israel mengawal ekonomi dan monopoli aset negara tersebut.

"Ia bukan suatu perkara baru dan ianya perlu dilakukan oleh seseorang yang hendak menjadi Presiden AS," katanya lagi.

Menurutnya, Obama dikatakan mengamalkan sikap yang lebih lembut terhadap negara-negara Islam apabila berjanji akan menarik balik tentera AS daripada Iraq dalam satu manifestonya.

"Beliau telah berjanji akan memanggil tentera AS yang bertugas di Iraq selepas 14 bulan kemenangannya," ujarnya.

Apapun katanya, beliau mengharapkan kemenangan Obama akan memberikan harapan kepada negara Islam dalam memperbaiki hubungan dengan negara tersebut.

"Obama perlu membuktikan sikap anti-perangnya kepada dunia terutamanya dunia Islam," tegasnya.

Obama merupakan presiden AS pertama yang berkulit hitam berjaya memecahkan tradisi budaya perlantikan Presiden negara tersebut yang sebelum ini hanya memberikan laluan kepada calon berkulit putih.

Ianya dilihat sebagai satu perubahan dari segi radikal dan baru apabila rakyat negara tersebut yang berjumlah kira-kira 130 juta orang menerima kehadiran rakyat berkulit hitam atau 'non-white' (coloured). - mks._

Reference:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=17748&Itemid=28

No comments: