Monday, November 17, 2008

TARBIYAH UNSUR ASASI DALAM GERAKAN ISLAM

Al-hamdulillah 'ala umur ad-Din wa ad-Dawlah, was-solatu was-salaamu 'ala Rasulillah al-mustafaa, wa 'ala 'aalihi wa sahbihi wa man tabi'ahum wa waalaah..

Umat Islam yang tercinta. Ungkapan ini adalah kewajipan di atas kewajipan bagi semua pejuang Islam di bumi bertuah Malaysia ini dan seluruh alam Islam bahkan di seluruh pelusuk dunia ini amnya. Mengapakah Tarbiyah Islamiah, Ruhiyah, Tanzimiah, Da'awiyah, Harakiyyah dan Tarbiyah Dawlah Islamiyah PENTING?.

Jawapannya gerakan GLOBALISASI BARAT akan hanya berjaya dihadapi dan dikuasai oleh mereka yang beriltizam penuh dengan PEMBENTUKAN INSAN RABBANIY melalui ACUAN PEMBENTUKAN GENERASI RASULULLAH SAW yang unik, walau di zaman mana sekalipun pun mereka berada, Paksi Kemenangan akan beralih kepada GENERASI YANG MEREALISASIKAN TARBIYAH ISLAMIAH SYAMILAH ( Pembentukan Generasi Islam sejati secara menyeluruh). Semuannya dibuat dan menjadi WAJIB kerana ingin mengundang BANTUAN DAN PERTOLONGAN ALLAH SWT TANPA SYAK DAN RAGU di dalam apa jua bentuk perjuangan. Kalah atau menang di dunia ini, perkiraan Allah swt ialah FI SABEELILLAH - BERADA DI JALAN ALLAH SWT. Inilah golongan yang TIDAK MENGENAL ERTI KEKALAHAN,malah Allah swt menjanjikan KEMENANGAN KEPADA MEREKA, SAMADA MEREKA MENANG DI DUNIA ATAU SYAHID...KEDUA-DUANYA ADALAH KEMENANGAN UMAT ISLAM.

Maka untuk itu ARUS GLOBALISASI BARAT harus dihadapi dengan UNIVERSALISASI ISLAM. Ubahlah perjuangan KEBANGSAAN YANG MENJANJIKAN NEGARA BANGSA ( Tajaan Penjajah) kepada NEGARA ISLAM (Tajaan Allah swt yang MAHA ADIL) YANG AKAN MEMAYUNGI DAN MEMBERI HAK SEMUA BANGSA MANUSIA DI DALAM SATU ACUAN KEADILAN ISLAM DARI ALLAH SWT.

Sekian buat renungan dari:

ABU 'AMRULLAH MUHAMMAD ADIS EL-MERBAWIY AD-DUNJANAAWIY

________________________________________________________________

Friday, November 7, 2008
PAS mula perkasa tarbiyyah

JERANTUT: PAS memulakan program untuk memperkasakan kembali program terbiyyah kepada ahli-ahlinya - satu usaha yang dilihat untuk mengurangkan banyak masalah yang melanda parti itu.

Lebih satu dekad lalu program terbiyyah PAS dikatakan semakin kurang diberi perhatian oleh pengikut parti itu, satu tempoh yang menyaksikan keahlian PAS bertambah berkali ganda dengan penyertaan daripada pelbagai golongan masyarakat.

Justeru memperkasakan kembali tarbiyyah dikalangan pengikut-pengikut PAS diyakini faktor penting sebagai persediaan dalaman untuk menghadapi cabaran semasa dan kelangsungan daya tahan parti.

"PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 bertahan sehingga ke hari ini kerana apa? Tarbiyyah..." kata Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa dalam Konvensyen Tarbiyyah peringkat negeri Pahang.

"Tapi hari ini saya percaya ada kawasan yang sudah tidak menjalankan usrah (salah satu dari pengisian tarbiyyah) lagi," tambah beliau.

Selain usrah iaitu satu bentuk perbincangan berkumpulan dikalangan ahli PAS biasanya dibuat secara bulanan, pengisian lain yang popular dalam program tarbiyyah PAS ialah tamrin dan mukhayyam.

Nasharuddin merupakan pengerusi Lujnah Tarbiyyah PAS, satu jawatan yang sebelum ini dipegang oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - kini memulakan usaha memperkasakan kembali elemen yang dikatakan kunci kekuatan PAS itu.

Setakat ini dilaporkan tiga negari telah selesai mengadakan pusingan pertama Konvensyen Tarbiyyah, program ini akan dilaksanakan keseluruh negara di mana menglibatkan Presiden dan Timbalan Presiden sendiri sebagai pembentang kertas kerja.

Dua timbalan kepada Nasharuddin telah dilantik iaitu Idris Ahmad dan Abu Bakar Chik yang akan melaksanakan peranan masing-masing bagi memastikan nafas baru kepada program tarbiyyah.

Posted by Siasah at 1:29 AM 103 comments

Reference:
http://siasahdaily.blogspot.com/

No comments: